Sabtu, 21 Februari 2009

DATUK SITI HEBAT DI PENTAS, HEBAT DI RUMAH

Gambar: Danial Shah

Datuk Siti tetap setia di sisi Datuk K


Menyebut tentang Datuk Siti Nurhaliza atau Siti nama glamernya masa memula dia jadi artis dan sebelum menerima gelaran Datuk pelbagai andaian, ramalan dan macam-macam kata yang kita selalu dengar.

Diakui Datuk Siti adalah artis paling beruntung kerana memiliki ramai peminat setia yang sentiasa memuja dan meminati dirinya meskipun Datuk Siti sudah hidup berdua. Sebagai selebriti tersohor negara, Datuk Siti bukan saha diminati pelbagai lapisan golongan rakyat, malah seringkali menjadi mangsa tohmahan dan kejian pihak yang tidak senang dengan dirinya.

Paling memeritkan bagi Datuk Siti apabila suaminya Datuk K dikatakan sudah bernikah dengan seorang pramugari MAS. Malah wanita tersebut dikatakan cantik, seksi dan merupakan bekas kekasih Datuk K sebelum Datuk K berkahwin dengan Datuk Siti.

Ada sumber yang pernah menyampaikan info kepada aku bahawa wanita bekas pramugari MAS itu kononnya berendam air mata dan tidak datang kerja selama sebulan ketika di awal pernikahan Datuk K dan Datuk Siti. Wallahualam.

Namun apa aku nak ceritakan di sini bukan kisah hidup bermadu atau pelbagai cerita jahat terhadap Datuk Siti. Kisah seorang 'rakan' di kalangan artis yang agak rapat dengan Datuk Siti. Sempat dia bercerita kepada aku tentang Datuk Siti ketika aku lepak-lepak dengan dia baru-baru ni di Ampang.
"Orang di luar sana boleh mengeji Siti macam-macam. Konon Siti hidup bermadu dan cakap yang bukan-bukan. Bernanah jugak lah telinga aku yang rapat dengan Siti. Aku memang 'salute' Siti dari dulu lagi. Mana ada artis yang sehebat Siti. Sampai hari ni aku tengok Siti tak ada galang gantinya. Begitu jugakla kalau Siti di rumah. Aku tak pernah tengok lagi isteri sebaik Siti. Sepanjang masa Siti akan pegang tangan suaminya. Kalau Siti nak naik ke atas rumah, dia akan minta izin dari suami (Datuk K). Mereka memang loving couple. Sebab tu sukar untuk percaya Siti dimadukan" cerita kawan kepada Datuk Siti di kalangan artis juga yang menjadi saksi kemesraan pasangan suami isteri popular itu.

Wah! Hebatkan Datuk Siti..bukan sahaja hebat di atas pentas ketika membuat persembahan, tapi turut hebat di rumah sebagai isteri. Kat luar ni entah berapa ramailah yer, isteri yang akan pegang je tangan dan lengan suami masa di rumah..bukan apa, kekadang ada gak lelaki yang rimas diperlakukan begitu. Tapi nampaknya Datuk K memang senang dengan layanan Siti itu. Harap mereka kekal berbahagia sehingga ke hujung nyawa :).

Jumaat, 20 Februari 2009

I'M HORNY-MR. X

Apa yang aku nak citer pasal MR. X ni memang mungkin perkara biasa bagi kebanyakan orang. Dia bukan selebriti tapi anak 'sumbody' dan sekarang bertaraf duda. Perkahwinan terdahulunya dengan seorang selebriti cantik. Namun kerana skandalnya dengan sorang pelakon wanita yang berwajah cantik dan berhati plastik, rumahtangganya hancur berkecai.

Rasanya ramai yang tak berkenan dengan perangai pelakon wanita tersebut. Sudahlah memporak perandakan rumahtangga orang, pelakon wanita ini khabarnya jatuh dari satu tangan ke tangan lelaki yang lain. Ramailah orang di luar sana baik peminat mahupun pihak media yang mengecam kelakuan buruk pelakon cantik itu.

Maka adalah yang berkata;

"Bbodohnya si MR.X ni. Wife dia punyalah lawa. Boleh bercerai kerana pompuan camtu".

Sebenarnya MR.X tak bodoh. Dia hanya mempergunakan pelakon cantik tu untuk seks semata-mata. Nak tahu kenapa?

Kononnya pernah satu malam MR.X ni call pelakon cantik ni.

"U..i'm horny. Plez come..."

Setelah selesai 'acara mengeluarkan peluh' itu, si pelakon cantik ni merengek pada MR.X kononnya dia kelaparan. Jawab MR.X..

"Dah-dah pergi balik. I nak 'main' dengan u je"...

Pelakon cantik tu balik tanpa sebarang perasaan. Mungkin memang itu dah jadi kerjaya keduanya selepas bidang lakonan. Terdiam aku bila mendengarkan cerita ini dari 'mata-mata gelapku itu'.

HARGA SAYA MAHAL-FOUZIAH GOUS

Fouziah Gous dan Pengurus, Amira

Ke mana pergi 'lappy' ni kena bawa sekali



Tak mahu dikaitkan dengan kontroversi

Baru balik 'shooting'


Apa yang buat Fouziah terkedu?

Digosipkan dengan Iqram Dinzly

Fouziah ni suka senyum dan senyum

Percaya pada kata hati

Malam tadi mungkin dah rezeki, terserempak Fouziah Gous di Damansara sedang makan bersama Pengurusnya, Amira. Lama dah tak berborak dengan perempuan ini. Di mata aku badannya semakin menyusut mungkin kerana jadual hidupnya yang begitu padat sehingga terpaksa bekejar dari lokasi ke satu lokasi.

Kami sempat berborak dan bertukar cerita. Fouziah tetap seperti selalu ramah berbicara dan lembut tutur kata.Dia agak berbeza daripada kebanyakan artis yang pernah aku jumpa. Fouziah Ghous bukan plastik jika hendak dibandingkan dengan beberapa nama artis lain seusia atau lebih muda darinya. Bekas pramugari MAS selama 5 tahun ini ternyata begitu bijak mengendalikan hidup.
Hidup Fouziah Gous hanya tertumpu kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon dan pengacara. Bagi aku dia seorang selebriti yang kurang kontroversi meskipun sebelum ini Fouziah pernah dikaitkan dengan Dato' Farid Ridzuan dan juga teman tapi mesranya Iqram Dinzly.

Tidak seperti kebanyakan pelakon popular yg sering menimbulkan kontroversi gara-gara pelbagai rangkaian skandal yang mereka cipta, Fouziah Gous merasakan dirinya begitu berharga dan mahal untuk dijual beli.

"Harga saya mahal. Tidak semudah itu saya jatuh ke tangan mana-mana lelaki. Saya tidak mahu merosakkan diri saya sendiri" ujar Fouziah sambil menyifatkan dirinya berbeza dari beberapa nama popular yang terbabit dalam skandal dan kontroversi.

























Khamis, 19 Februari 2009

WAJAH TERBARU NAS ADILA

Cover untuk 'Single' Terbaru Nas Adila-SALAH SIAPA
Berbeza dan nampak 'hot'
Wow! Sekali imbas macam Hetty Sarlene
Tapi dah jadi tunang orang
Lirik Lagu SALAH SIAPA?

Nas Adila kini tampil dengan Single terbarunya berjudul Salah Siapa? Meskipun tidak berapa menonjol dalam bidang nyanyian, namun Nas yang kini sudah pun bertunang dengan Kerabat di Raja Kedah ternyata tidak sedikit pun patah semangat. Sebaliknya Nas tetap 'maintain' berada di persada seni tempatan. Tambahan pula Putera Megat Azizul Azree, tunang Nas begitu sporting dan memahami kerjaya Nas dan terus memberi lampu hijau kepada penyanyi berusia 23 tahun ini untuk menyanyi. Sebelum ini Nas pernah digosipkan dengan Adam AF kerana dikhabarkan mendapat jam pemberian penyanyi berasal dari Sabah itu.

COMELNYA ANAK-ANAK YASIN!

Inilah anak-anak Yasin..sorang boy sorang gurl
Malaika...adeh mata dia!
Ala-ala mucuk dia...
Abang Malika namanya Sameer..
Dah besar pun Sameer sekarang
Jantung hati Yassin dan Eana
Diam tak diam sekarang ni penyanyi dan komposer Yasin dah pun memiliki dua orang cahaya mata. Hasil perkongsian hidupnya dengan bekas wartawan bernama Eana Houzyama, mereka dikurniakan Sameer 5 tahun dan Malaika yang belum pun cukup setahun. Kedua-dua anak comel mereka ini nyata memberi kebahagiaan yang bukan sedikit buat pasangan ini.






Rabu, 18 Februari 2009

DALAM DIRI AQASHA

Aqasha antara wajah laris pilihan penerbit drama
Uisk..tangan tengah gatal eh..
Aqasha bermula sebagai penyanyi
Pernah bercinta dengan Umi Aida dan Tasha
Benarkah Aqasha masih sendiri?
Serius namun masih mampu memukau
Senyum yang mencairkan banyak hati :)

Persepsi aku terhadap Aqasha mungkin berbeza sedikit apabila membaca blognya http://thesaliq.blogspot.com .


PASANGAN HANGAT BERCINTA AVAA & SHAHRIL

Avaa & Shahril

Cinta tak mengenal usia

Mesranya mereka..

Tidak kisah dilihat berdua


Sentiasa bersama

Seksinya Avaa...

Di satu majlis
Memang mungkin kebetulan ataupun sudah menjadi perkara biasa apabila ramai di kalangan artis wanita memilih teman lelaki dan pasangan hidup yang jauh lebih muda. Avaa Vanja pelakon cantik yang membintangi filem Kala Malam Bulan Mengambang ternyata kini bahagia bersama kekasih hatinya, Shahril.
Diakui Avaa Vanja bukanlah artis yang hipokrit macam sesetengah artis yang plastik. Avaa ternyata tidak pernah menyorokkan percintaannya dengan pemuda berusia 23 tahun itu. Biarpun berbeza usia enam tahun, semua itu tidak pernah menjadi halangan bagi Avaa dan Shahril.
Dengar khabar mereka bercadang untuk bernikah tahun hadapan. Pasangan sama cantik sama padan ini juga kalau korang nak tahu begitu aktif dengan kerja-kerja kebajikan untuk rumah anak-anak yatim. Menganggap kerja-kerja sebegitu sebagai tanggungjawab sosialnya, Avaa sememangnya tidak mahu mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut. Apa yang pernah aku lihat, Avaa Vanja sememangnya menjadi artis kegemaran anak-anak yatim. Apa yang pasti Avaa sudah ada rumah anak yatim tetap yang menjadi tempat untuk dirinya menghulurkan bantuan.





ROSMA & KHAI BERCUTI DI MACAU

Gambar: Terima kasih Rosma & Khai
Berposing sakan.. Pasangan Romantik Khai & Rosma
Bersama Fizie (Pengurus) dan teman

Khai nampak berisi jika dibandingkan sebelum bernikah

Muah muah muah

Baik-baik Rosma nanti jatuh..

Pasangan sehati sejiwa

Sempat lagi bergambar dengan penari-penari kebudayaan di sana


Tak letih ke dorang ni berjalan?

Lihatlah betapa romantiknya pasangan suami isteri Rosma dan Khai ini. Gambar-gambar ini diambil ketika mereka bercuti di Macau baru-baru ini. Tampak Khai agak berisi . Maklumlah hati sedang apatah lagi si isteri tercinta sedang mengandungkan cahaya mata mereka.

Harap kebahagiaan pasangan ini akan sampai ke akhir hayat. Suka tengok Rosma dan Khai menari di Sehati Berdansa. Agak-agaknya anak yang bakal lahir nanti ada tak 'tersampuk' bakat menari kedua orang personaliti ini?









Ahad, 15 Februari 2009

Johan Raja Lawak Rampas Kekasih Acong Sweetchild?





Foto:budiey.com

Sebelum aku terbaca kisah rampas merampas ni, kawan serumah aku baru sahaja terserempak dengan Johan dan Ozlyn Waty(pelakon berbaju kebaya hitam) sedang bersukaria memberi barang keperluan dapur di sebuah kedai area Pandan Cahaya.

Lagak mereka berdua kata kawan aku ni bagaikan kekasih. Pada awalnya kawan aku ni tak perasan perempuan yang sedang bertepuk tampar dengan Johan tu adalah Ozlyn. Tapi bila mendengar suara dan kemudian melihat sendiri tuan empunya diri yang begitu mesra di sini Johan, barulah kawan aku perasan perempuan tinggi lampai itu adalah Ozlyn.

Terkejut jugak aku dengan gosip tersebut sebab sebelum ini Ozlyn bercinta dengan Acong Sweet Child. Uisk! Mudah sangat bertukar ganti? Sebelum ni pun Ozlyn pernah dikaitkan dengan Farid Kamil. Dikhabarkan mereka pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Tapi macam biasalah mana ada orang nak mengaku. Jadi gosip tersebut diangap sebagai gosip oleh sesetengah orang yang malas nak fikir betul atau tidak kesahihan gosip tu. Apa yang nyata kalau anda perasan, Ozlyn ni memang taste dia lelaki yang ala-ala mata sepet. Acong, Farid Kamil dan terbaru Johan.

Khabarnya Acong Sweetchild menyerang pasangan ini di lokasi. Wallahualam. Tapi hot jugakla cerita Ozlyn Wati dan Johan ni. Kalau benarlah Ozlyn curang, atau Johan merampas kekasih Acong, tindakan Acong ni dilihat didorong atas rasa cemburu dan marah.

Siapa tak marah kalau bf gf atau kekasih hati menduakan kita? Ye tak? Dengan gosip ini satu lagi kontroversi diciptakan oleh Ozlyn dan Johan. Kalau dulu Ozlyn dikaitkan dengan Farid Kamil kerana dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia sekitar 5 tahun, kini Johan pula menerima tempias. Ini kerana sebelum ini Johan pernah dikatakan 'kurang ajar' dan pelawak yang entah apa-apa kerana buat lawak tak kena tempat.

Artis~Wartawan~Jurugambar


Ada orang bertanya kepada aku kenapa menulis tentang artis di blog aku sendiri? Kenapa tak tulis tentang diri sepertimana yang selalu orang lain buat? Aku tak punya jawapan yang tepat. Cukuplah aku katakan, aku hanya buat sesuatu yang sinonim pada diri. Untuk bercerita tentang diri sendiri, mungkin boleh juga. Hakikatnya tiada apa yang lebih menggamit untuk dibaca oleh orang di luar sana kalau tak perihal dunia artis. Artis dan hiburan adalah satu perkara yang seronok untuk diceritakan tetapi usahlah sampai melalaikan.

DATO' POYO
Bercerita tentang artis, banyak pengalaman yang aku timba dari dunia kewartawanan terutamanya yang melibatkan penulisan berbentuk hiburan. Aku pernah mengikuti satu kes di mahkamah melibatkan seorang artis cantik jelita. Kes tersebut melibatkan anak seorang Dato' yang dituduh menceroboh dan memasang cctv di rumah artis jelita tersebut.

Mungkin kerana terdesak atau tertekan si Dato' tersebut cuba merampas kamera yang aku bawa. Malah dengan lantangnya dia bersuara di luar mahkamah.

"Kalau aku jumpa ko di luar, siap!"

Insiden tersebut yang berbaur ugutan tidak langsung mematahkan semangat aku. Teringat lagi bagaimana rakan-rakan jurugambar dari akhbar lain 'menyelamatkan' aku dari Dato' poyo itu. Malah kamera milik seorang jurugambar akhbar Cina rosak teruk gara-gara perbuatan Dato' yang tidak bertamadun itu.
KENA SERANAH
Bukan itu sahaja, aku pernah diseranah oleh seorang pengacara, pelakon, dj, penyanyi (ada satu album yang syok sendiri) di awal-awal aku bergelar wartawan hiburan.

"Awak ni tak buat research ke saper saya?"

"Angkuhnya pompuan ni" hatiku berkata-kata. Puncanya kerana aku bertanyakan judul tiga buah drama lakonanya.

Salah ke wartawan macam aku bertanya soalan sebegitu? Bukankah dia selebriti yang hanya perlu memaniskan muka dan menjawab soalan aku dengan baik? Untungnya sebelum aku mengangkat punggung meninggalkan selebriti tersebut, aku sempat berkata;

"Kak, saya wartawan..tak kiralah apa pun soalan yang penting saya hanya nak kan jawapan. Tak kisahlah apapun jawapan akak".

Aku lantas bangun sambil sempat melemparkan senyuman terakhir untuk selebriti yang angkuh itu. Sampai sekarang aku tak berminat langsung nak menemuramah dia. Tanpa aku, atau wartawan 'cap ayam' lain..selebriti tersebut dah tentu punya wartawan 'ciom molot' yang leh menulis perkara-perkara baik tentang dia.
SAMAN 1 JUTA!
Satu lagi kisah yang aku rasakan amat kelakar apabila seorang penyanyi kerabat diraja yang kini memang da lama hilang dari persada seni suara. Tentang bagaimana dia 'melatah' dan ingin menyaman aku 1 juta! Diulang...1 Juta! Lawak memang lawak..Manalah aku ada duit sebanyak itu. Semuanya gara-gara tulisan aku yang bertajuk "Yes, I'm gay"-....................

Dah dia mengaku kat aku dia gay. So kan aku nak tulis tidak pulak kan? Bukan ke itu skop yang bagus untuk aku tulis? Aku siap ada bukti lagi. Ada saksi ada tape recorder yang merekod perbualan kami.

Mungkin penyanyi lelaki ini terlupa. Atau buat-buat lupa. Tapi walau macam mana sekalipun, di dalam artikel aku tu..aku siap cover line dia lagi. Aku kata dia cuma bergurau!
DUNIA WARTAWAN
Itulah antara asam garam bergelar wartawan hiburan. Penat, letih, tensen dan kadang-kadang seronok. Semuanya mewarnai hidup dan menjadi rencah dalam adunan cerita seorang wartawan hiburan. Glamour? Ahh..aku rasa nak muntah bila ada yang berpandangan wartawan hiburan hidup dalam dunia penuh glamour.

Masih ramai artis yang baik-baik yang sentiasa saling hormat menghormati antara kami. Aku begitu senang dengan Nora Danish, Fouziah Ghous, Norkhiriah, Nabil Raja Lawak, Avaa Vanja, Nieyl Mentor, Fizow, Kamal, Ella, Jojie dan ramai lagi nama yang tak mampu ku sebutkan di sini. Namun terus terang aku katakan aku tidak punya artis 'favorite'. Bagi aku wartawan hiburan tidak perlu ada artis kegemaran. Takut-takut nanti apabila terlalu rapat dengan seorang artis, wartawan tersebut tidak mampu menulis apabila melibatkan perihal tidak baik artis kegemarannya itu. Sedangkan wartawan hiburan perlu menulis apa sahaja selagi berada di atas landasan etika kewartawanan.