Jumaat, 20 Februari 2009

HARGA SAYA MAHAL-FOUZIAH GOUS

Fouziah Gous dan Pengurus, Amira

Ke mana pergi 'lappy' ni kena bawa sekali



Tak mahu dikaitkan dengan kontroversi

Baru balik 'shooting'


Apa yang buat Fouziah terkedu?

Digosipkan dengan Iqram Dinzly

Fouziah ni suka senyum dan senyum

Percaya pada kata hati

Malam tadi mungkin dah rezeki, terserempak Fouziah Gous di Damansara sedang makan bersama Pengurusnya, Amira. Lama dah tak berborak dengan perempuan ini. Di mata aku badannya semakin menyusut mungkin kerana jadual hidupnya yang begitu padat sehingga terpaksa bekejar dari lokasi ke satu lokasi.

Kami sempat berborak dan bertukar cerita. Fouziah tetap seperti selalu ramah berbicara dan lembut tutur kata.Dia agak berbeza daripada kebanyakan artis yang pernah aku jumpa. Fouziah Ghous bukan plastik jika hendak dibandingkan dengan beberapa nama artis lain seusia atau lebih muda darinya. Bekas pramugari MAS selama 5 tahun ini ternyata begitu bijak mengendalikan hidup.
Hidup Fouziah Gous hanya tertumpu kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon dan pengacara. Bagi aku dia seorang selebriti yang kurang kontroversi meskipun sebelum ini Fouziah pernah dikaitkan dengan Dato' Farid Ridzuan dan juga teman tapi mesranya Iqram Dinzly.

Tidak seperti kebanyakan pelakon popular yg sering menimbulkan kontroversi gara-gara pelbagai rangkaian skandal yang mereka cipta, Fouziah Gous merasakan dirinya begitu berharga dan mahal untuk dijual beli.

"Harga saya mahal. Tidak semudah itu saya jatuh ke tangan mana-mana lelaki. Saya tidak mahu merosakkan diri saya sendiri" ujar Fouziah sambil menyifatkan dirinya berbeza dari beberapa nama popular yang terbabit dalam skandal dan kontroversi.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan