




Nas Adila kini tampil dengan Single terbarunya berjudul Salah Siapa? Meskipun tidak berapa menonjol dalam bidang nyanyian, namun Nas yang kini sudah pun bertunang dengan Kerabat di Raja Kedah ternyata tidak sedikit pun patah semangat. Sebaliknya Nas tetap 'maintain' berada di persada seni tempatan. Tambahan pula Putera Megat Azizul Azree, tunang Nas begitu sporting dan memahami kerjaya Nas dan terus memberi lampu hijau kepada penyanyi berusia 23 tahun ini untuk menyanyi. Sebelum ini Nas pernah digosipkan dengan Adam AF kerana dikhabarkan mendapat jam pemberian penyanyi berasal dari Sabah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan