Sabtu, 28 Februari 2009

HANEZ SURAYA BERPESTA!

Hanez Suraya pelakon Exora

Mak aii...

Wewitt..

Keliru...

Agaknya ini teman lelaki Hanez yang bernama Syed Fahmi

Chill lor...

Her gud frenz

Hanez yang manja..
Kawan-kawan

Mesranya dia..

Happy!

Lihat sahaja aksi-aksi pelakon cantik Hanez Suraya berpesta! Tak nak cakap banyak, sekeping gambar boleh menceritakan banyak perkara, yer tak?

Hanez Suraya ni pelakon drama bersiri Exora. Dia ni tak la fames sangat tapi aku rasa dia punya seraut wajah cantik yang boleh pergi jauh dalam bidang lakonan kalau dia sememangnya serius.
Hakikatnya pasti ada yang tertanya-tanya mana satu teman lelakinya. Sporting betulkan Hanez bersama teman-temannya? Mungkin ini gaya hidup Hanez Suraya tapi mungkin Hanez terlupa, pasti akan ada yang memandang serong pada kehidupan lepas bebas seperti ini..








APA DAH JADI DENGAN BADRUL MUHAYAT?



Ini baby pompuan..tak sure nama tapi ada Siti pada namanya

Wajah Badrul terkini

Badrul Muhayat memang satu nama yang penuh dengan kontroversi. Sewaktu zaman 'meriahnya', Badrul menjadi kegilaan ramai anak gadis di luar sana. Wajah tampannya berjaya membawa Badrul memasuki Hero Remaja di awal-awal pertandingan berprestij itu dimulakan oleh Majalah Remaja.
Dia dikaitkan dengan banyak perkara yang mengaibkan. Antaranya ditangkap berkhalwat, memukul isteri, berkahwin lagi dan perkara-perkara memalukan. Dulu pernah Badrul bercerita dia memang malu nak keluar rumah gara-gara pelbagai tanggapan serong masyarakat terhadapnya.
Kini keadaan berubah. Sesuai dengan peredaran masa, Badrul yang akan turun ke lokasi filem Mat Kilau ternyata makin berisi. Berat badannya bertambah sehingga 10kg! Kata Badrul bukan sahaja dia gembira dengan perjalanan hidupnya sekarang, tetapi kerana dia baru terjebak dalam satu program perniagaan berasaskan makanan namun berbentuk MLM ~Island Red Cafe (IRC.com)
"Saya boleh menjana pendapatan harian melalui makan, dapat baucher dan duit. Tu badan naik mendadak. Kalau siapa biasa melepak di Old Town, sebenarnya konsep pernigaan mereka sama sahaja. Tapi di IRC, kita boleh dapat duit dan menaja orang lain untuk makan dan mendapat duit juga" akui Badrul yang ditemui di Island Red Cafe, Pandan Indah.
http://www.2islandredcafe.com atau hubungi talian 012-2169286/012-6993038 untuk maklumat lanjut
.

Jumaat, 27 Februari 2009

SIAPA SEBENAR KURANG AJAR?

Spider

Tuah Iskandar

Korang pernah dengar citer tentang sebuah band popular berlaku 'kurang sopan' dengan seorang DJ Radio? Alkisahnya, band popular ni diudang untuk menjayakan satu segmen di stesyen radio yang agak popular itu. Segmen itu dikendalikan oleh seorang DJ lelaki.

Entah macam mana perkara ni berlaku spontan dan amat mengejutkan. Sedang sesi temuramah dijalankan, khabarnya DJ Radio tersebut, Tuah Zulkarnain dikatakan tak buat 'homework' Nama anggota band tersebut pun dia tak kenal. Ini kurang sopan jugak nih..

Mungkin merasa tercabar atau merasa bagus, band tersebut yang lebih dikenali dengan nama SPIDER meninggalkan konti begitu sahaja tanda protes terhadap ketidakpekaan Tuah Iskandar terhadap mereka. Tuah dikatakan menunjuk-nunjukkan tangannnya kepada salah seorang anggota Spider kerana bertanyakan nama ahli kumpulan tersebut.

Siapa sebenarnya yang kurang ajar dalam cerita ini? Tuah Zulkarnain yang tak tahu nama anggota Spider dan bertanyakan nama anggota tersebut dengan menunjukkan tangannya atau Spider yang meninggalkan konti begitu sahaja ketika segmen berlangsung secara live?

Dalam keadaan terkejut Tuah yang tidak berapa nak bertuah hari itu, terpaksa mengawal konti dengan memberi alasan yang aku pun kurang pasti kenapa Spider tidak dapat meneruskan sesi temubual tersebut..




Rabu, 25 Februari 2009

FAROUK HUSSEIN YANG 'GILE-GILE'..

Lihat sahaja gambar-gambar pelakon, pengacara dan pelawak Farouk Hussein, hati yang duka nescaya terhibur. Dengan pelbagai aksi mungkin ramai yang akan tertipu samada ini gambar sebenar tuan empunya badan ataupun super impose.

Ada gambar yang seakan-akan benar, dan ada juga gambar di bawah ini yang tak berapa nak menjadi. Namun walau apapun, Farouk berjaya membuat aku ketawa lucu melihatkan gambar-gambarnya ini.


Elvis Farouk malangnya pic ni tak berapa nak menjadi

Wah! Nampak agak real Farouk dalam versi ulama'


Aku rasa pic ni tak berapa nak menjadi dalam gaya koboi


Adeh..pic ni amat menggeletek urat sarafku..

Wajah Farouk ditonton rakyat pelbagai lapisan masyarakat huhu

King Farouk..gaya, mutu & keunggulan






Ahad, 22 Februari 2009

ZARINA AN-JULIE TAK PERNAH SERIK!



Hidup ni tak panjang Anju :)

Pic ni aku ambil dari Ehoza.com~Jebat66
Kisah Zarina An-Julie ni dengan pelbagai versi cerita memang menggamatkan dunia artis tempatan. Meskipun berlakon dalam satu drama Anak Pontianak, namun kisah peribadinya dengan aksi separuh maut lebih mendapat tempat di media berbanding soal kerjayanya.
Mungkin bidang lakonan adalah satu bidang loncatan untuk pompuan ini. Apa yang lebih menonjol adalah kisah Zarina yang asyik menayang dada dan beraksi menjolok mata. Si tuan empunya diri nampaknya tidak pernah berubah atau cuba melegakan kejelekan orang terhadapnya.
Tengok sahaja aksinya ini. Tak faham apa yang dicari oleh perempuan seperti ini. Mungkin gambar ni biasa-biasa sahaja berbanding dengan aksi Zarina bersama bekas teman lelakinya dulu yang menggemparkan satu negara. Aku percaya dia ni memang tak pernah kisah dengan pandangan orang terhadap gelagatnya. Dan aku lebih percaya orang sebegini suka mencabar hukum Tuhan. Tidak pernah serik-serik dan tidak pernah cuba menunjukkan keinsafan diri.