Ahad, 15 Februari 2009

Johan Raja Lawak Rampas Kekasih Acong Sweetchild?





Foto:budiey.com

Sebelum aku terbaca kisah rampas merampas ni, kawan serumah aku baru sahaja terserempak dengan Johan dan Ozlyn Waty(pelakon berbaju kebaya hitam) sedang bersukaria memberi barang keperluan dapur di sebuah kedai area Pandan Cahaya.

Lagak mereka berdua kata kawan aku ni bagaikan kekasih. Pada awalnya kawan aku ni tak perasan perempuan yang sedang bertepuk tampar dengan Johan tu adalah Ozlyn. Tapi bila mendengar suara dan kemudian melihat sendiri tuan empunya diri yang begitu mesra di sini Johan, barulah kawan aku perasan perempuan tinggi lampai itu adalah Ozlyn.

Terkejut jugak aku dengan gosip tersebut sebab sebelum ini Ozlyn bercinta dengan Acong Sweet Child. Uisk! Mudah sangat bertukar ganti? Sebelum ni pun Ozlyn pernah dikaitkan dengan Farid Kamil. Dikhabarkan mereka pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Tapi macam biasalah mana ada orang nak mengaku. Jadi gosip tersebut diangap sebagai gosip oleh sesetengah orang yang malas nak fikir betul atau tidak kesahihan gosip tu. Apa yang nyata kalau anda perasan, Ozlyn ni memang taste dia lelaki yang ala-ala mata sepet. Acong, Farid Kamil dan terbaru Johan.

Khabarnya Acong Sweetchild menyerang pasangan ini di lokasi. Wallahualam. Tapi hot jugakla cerita Ozlyn Wati dan Johan ni. Kalau benarlah Ozlyn curang, atau Johan merampas kekasih Acong, tindakan Acong ni dilihat didorong atas rasa cemburu dan marah.

Siapa tak marah kalau bf gf atau kekasih hati menduakan kita? Ye tak? Dengan gosip ini satu lagi kontroversi diciptakan oleh Ozlyn dan Johan. Kalau dulu Ozlyn dikaitkan dengan Farid Kamil kerana dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia sekitar 5 tahun, kini Johan pula menerima tempias. Ini kerana sebelum ini Johan pernah dikatakan 'kurang ajar' dan pelawak yang entah apa-apa kerana buat lawak tak kena tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan