Ahad, 15 Februari 2009

Artis~Wartawan~Jurugambar


Ada orang bertanya kepada aku kenapa menulis tentang artis di blog aku sendiri? Kenapa tak tulis tentang diri sepertimana yang selalu orang lain buat? Aku tak punya jawapan yang tepat. Cukuplah aku katakan, aku hanya buat sesuatu yang sinonim pada diri. Untuk bercerita tentang diri sendiri, mungkin boleh juga. Hakikatnya tiada apa yang lebih menggamit untuk dibaca oleh orang di luar sana kalau tak perihal dunia artis. Artis dan hiburan adalah satu perkara yang seronok untuk diceritakan tetapi usahlah sampai melalaikan.

DATO' POYO
Bercerita tentang artis, banyak pengalaman yang aku timba dari dunia kewartawanan terutamanya yang melibatkan penulisan berbentuk hiburan. Aku pernah mengikuti satu kes di mahkamah melibatkan seorang artis cantik jelita. Kes tersebut melibatkan anak seorang Dato' yang dituduh menceroboh dan memasang cctv di rumah artis jelita tersebut.

Mungkin kerana terdesak atau tertekan si Dato' tersebut cuba merampas kamera yang aku bawa. Malah dengan lantangnya dia bersuara di luar mahkamah.

"Kalau aku jumpa ko di luar, siap!"

Insiden tersebut yang berbaur ugutan tidak langsung mematahkan semangat aku. Teringat lagi bagaimana rakan-rakan jurugambar dari akhbar lain 'menyelamatkan' aku dari Dato' poyo itu. Malah kamera milik seorang jurugambar akhbar Cina rosak teruk gara-gara perbuatan Dato' yang tidak bertamadun itu.
KENA SERANAH
Bukan itu sahaja, aku pernah diseranah oleh seorang pengacara, pelakon, dj, penyanyi (ada satu album yang syok sendiri) di awal-awal aku bergelar wartawan hiburan.

"Awak ni tak buat research ke saper saya?"

"Angkuhnya pompuan ni" hatiku berkata-kata. Puncanya kerana aku bertanyakan judul tiga buah drama lakonanya.

Salah ke wartawan macam aku bertanya soalan sebegitu? Bukankah dia selebriti yang hanya perlu memaniskan muka dan menjawab soalan aku dengan baik? Untungnya sebelum aku mengangkat punggung meninggalkan selebriti tersebut, aku sempat berkata;

"Kak, saya wartawan..tak kiralah apa pun soalan yang penting saya hanya nak kan jawapan. Tak kisahlah apapun jawapan akak".

Aku lantas bangun sambil sempat melemparkan senyuman terakhir untuk selebriti yang angkuh itu. Sampai sekarang aku tak berminat langsung nak menemuramah dia. Tanpa aku, atau wartawan 'cap ayam' lain..selebriti tersebut dah tentu punya wartawan 'ciom molot' yang leh menulis perkara-perkara baik tentang dia.
SAMAN 1 JUTA!
Satu lagi kisah yang aku rasakan amat kelakar apabila seorang penyanyi kerabat diraja yang kini memang da lama hilang dari persada seni suara. Tentang bagaimana dia 'melatah' dan ingin menyaman aku 1 juta! Diulang...1 Juta! Lawak memang lawak..Manalah aku ada duit sebanyak itu. Semuanya gara-gara tulisan aku yang bertajuk "Yes, I'm gay"-....................

Dah dia mengaku kat aku dia gay. So kan aku nak tulis tidak pulak kan? Bukan ke itu skop yang bagus untuk aku tulis? Aku siap ada bukti lagi. Ada saksi ada tape recorder yang merekod perbualan kami.

Mungkin penyanyi lelaki ini terlupa. Atau buat-buat lupa. Tapi walau macam mana sekalipun, di dalam artikel aku tu..aku siap cover line dia lagi. Aku kata dia cuma bergurau!
DUNIA WARTAWAN
Itulah antara asam garam bergelar wartawan hiburan. Penat, letih, tensen dan kadang-kadang seronok. Semuanya mewarnai hidup dan menjadi rencah dalam adunan cerita seorang wartawan hiburan. Glamour? Ahh..aku rasa nak muntah bila ada yang berpandangan wartawan hiburan hidup dalam dunia penuh glamour.

Masih ramai artis yang baik-baik yang sentiasa saling hormat menghormati antara kami. Aku begitu senang dengan Nora Danish, Fouziah Ghous, Norkhiriah, Nabil Raja Lawak, Avaa Vanja, Nieyl Mentor, Fizow, Kamal, Ella, Jojie dan ramai lagi nama yang tak mampu ku sebutkan di sini. Namun terus terang aku katakan aku tidak punya artis 'favorite'. Bagi aku wartawan hiburan tidak perlu ada artis kegemaran. Takut-takut nanti apabila terlalu rapat dengan seorang artis, wartawan tersebut tidak mampu menulis apabila melibatkan perihal tidak baik artis kegemarannya itu. Sedangkan wartawan hiburan perlu menulis apa sahaja selagi berada di atas landasan etika kewartawanan.

2 ulasan:

  1. canteknya kak haniz..trendy sungguh laaaa

    BalasPadam
  2. xder per aku nak ulas...mane email nyer kalo x pon add aku bilutdamar@yahoo.com. k

    BalasPadam