Sabtu, 14 Februari 2009

Kenapa BAU?

Lagu: Warkah
Penyanyi: Bau


Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa dirimu kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku
Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada..
ooo..ooo..oooooo..ooo..ooo
(Ulang *) (2x)

Mungkin ramai yang tidak mengenali kumpulan BAU. Namun lagu mereka WARKAH pernah menjadi lagu yang hit di corong-corong radio. Lagu tersebut merupakan OST untuk drama bersiri Sindarella yang pernah ditayangkan di TV3 sedikit masa lalu. BAU dianggotai oleh enam orang anggota kumpulan yang terdiri daripada Ash, Dino, Ann, Nas, D dan Iss selaku penyanyi. Bau tampil dengan mengetengahkan genre muzik indie Pop Rock.

Apabila mendengar sahaja nama BAU ramai yang tertanya-tanya, kenapa kumpulan ini memilih nama tersebut? Suara-suara nakal akan mentertawakan nama kumpulan ini sekaligus mengaitkan BAU dengan deria rasa yang kurang enak~bau busuk~
Menurut Ann antara anggota terawal yang menganggotai BAU, BAU adalah singkatan nama bagi Business As Usual.

"Kami tidak mengambil hati andai kedengaran suara-suara yang mentertawakan nama kumpulan ini. So far kalau ada yang bertanya kami akan menjelaskan kepada mereka. Sekurang-kurangnya nama BAU mampu dijadikan gimik untuk lebih dikenali selepas ini".

Jadi, kepada mereka di luar sana...jangan lupa BAU adalah singkatan untuk Business As Usual kerana dalam hidup ini kata BAU..99% punca rezeki adalah dari berniaga. Ada kaitan tak? Mesti ada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan