Isnin, 23 Mac 2009

RAMONA NANA TANJUNG BERPESTA!

Ahaks!

Hot n spicy..

Muah muah muah

Malam masih muda

Cantik-cantik belaka..

Hidup tiada lagi privasi

Anda pasti tidak mengenali Ramona seorang pelakon baru. Pernah berlakon dalam Nana Tanjung sebelum ini, nampaknya hal peribadi Nana telah menjadi tatapan satu Malaysia. Apa yang anda boleh agak dari gambar-gambar di atas terpulang pada penafsiran sendiri.

Mungkin gadis ini akan menjadi sensasi sepertimana Zarina An-Julie. Meskipun tidak se 'hot' Anjue, namun kehidupan sosial Ramona kita telah 'ditelanjang'kan media. Susah kan jadi artis?
Kalau rasa-rasa nak jadi artis, pastikan nama anda tidak melonjak dengan perkara-perkara murahan sebegini..





ZAKIAH ANAS BERKEMBAN!

Tidak dapat dipastikan lokasi hotel ini

Gambar Zakiah Anas, Pengacara TV3 beraksi memakai tuala kini menjadi bualan hangat. Entah bagaimana gambar peribadi Zakiah boleh jatuh ke tangan orang asing. Zakiah ternyata masih cantik meskipun sudah berusia 40an. Cerita Zakiah ini menambahkan lagi kisah sensasi beberapa orang pengacara tv sebelum ini.
Gosip yang bertiup kencang memberi perkhabaran bahawa Zakiah kini sedang hangat bercinta dengan seorang Pegawai Tinggi Polis. Status Zakiah masih lagi isteri orang sehingga ke saat ini.

Jumaat, 20 Mac 2009

INTAN SARAFINA BERPARTI..


Gambar Intan Sarafina dan teman-teman berparti. Semakin berisi Intan sekarang ni. Tak dengar pulak cerita dia ni da mengandung ke belum selepas bernikah tak lama dulu..

TERHIRISKAH HATI FASHA SANDHA?

Nora di tengah keluaga Rizal


Kesian Nora

Tak terkata apa

Tetap ibu yang 'hot'

Gambar-gambar di atas merupakan koleksi Nora Danish bersama babynya Rayqal. Montel sungguh wajah Raiqal yang kini berusia 2 bulan lebih. Nora Danish meskipun nampak agak berisi tetap 'maintain' comel. Nampaknya hubungan Nora dan bekas keluarga mertua tetap baik meskipun Rizal Ashram dan Nora Danish sudah lama bercerai.
Namun begitu hubungan Rizal dan babynya Rayqal tidak putus. Rayqal masih beruntung kerana daddynya masih punya rasa tanggungjawab untuk memelihara dan memberikan kasih sayang terhadap Rayqal meskipun tidak sebumbung.
Betapa tabahnya Nora Danish. Berada berdekatan lelaki yang pernah dicinta tetapi hanya mampu memandang penuh kosong. Menatap anak di pangkuan tidak seperti insan lain yang sepatutnya meraikan kehadiran cahaya mata pertama dalam erti kata sebenar bersama sang suami.
Namun dalam duka dan tabah Nora Danish, ramai yang tertanya-tanya..terhiriskah hati Fasha Sandha melihat gambar-gambar ini? Ini kerana sudah terang lagikan bersuluh perceraian pasangan ini adalah kerana aktres jelita yang dikatakan masih mempunyai hubungan dengan Rizal. Kenyataannya Nora Danish masih berada di dalam Justify Fullhati ahli keluarga Rizal Ahsram. Berbaloikah Nora Danish jika kembali ke pangkuan lelaki ini?
Ubatilah luka di hati sendiri dulu Nora sebelum memikirkan perasaan orang lain...


ASHRAF & BCL TAK LEKANG BERCIUM!


Sebelum bernikah

Sesiapa yang nak tengok aksi pasangan sensasi Bunga Cinta Lestari dan Ashraf Sinclair bercium, saksikan Saus Kacang sebuah filem lakonan mereka berdua. Khabarnya di dalam filem tersebut banyak adengan berat antara pasangan ini digambarkan. Berat tak berat..korang jadi saksi babak-babak tersebut.

Mungkin tak ramai tahu Ashraf dan BCL melakonkan adegan bercium seperti gambar di atas ketika masih belum berkahwin lagi. Di Indonesia mungkin tak ada apa-apa. Tapi di Malaysia enggak bisa!

INIKAH BAKAL ISTERI KE 4 SALIH YAACOB?

Upacara menyarung cincin


Sempat lagi bergelak ketawa

Jangan salah sangka..
Anak sulung Salih Yaacob bersama tunangnya

Jangan salah anggap foto-foto di atas bukanlah majlis perkahwinan Abang Jem kita ni seperti yang dicanang-canangkan. Majlis pertunangan anak dara Salih Yaacob ini telah diadakan baru-baru ni. Wah! Abang Jem nak dapat menantu dalam sama nak dapat isteri baru! Comey sungguh anak Abang Jem ni!

Bertuah Abang Jem kita ni..usia semakin meningkat tetapi semakin laku. Pulak tu dengan anak VVIP lagi yang khabarnya telah lama meminati Abang Jem.

Dulu selalu nampak Abang Jem dengan salah seorang isterinya makan di kedai mamak area Desa Pandan. Maklumlah Abang Jem ni menetap di sana dan kedua-dua orang isterinya tinggal berhampiran.

Tak ramai lelaki yang berani mendedahkan pernikahan mereka buat kali kedua dan seterusnya. Apa ilmu Abang Jem ni pakai eh? Apapun semoga Abang Jem bahagia ke akhir hayat dengan anak-anak dan isteri-isterinya.

SAIFUL TETAP NAMPAK FEMININ!

Saiful Malaysian Idol


Tak ada beza berambut panjang atau pendek

Tak tahu di mana silapnya, Saiful Malaysian Idol ditohmah gara-gara penampilannya seakan-akan perempuan. Dengan rambut panjang, dan seakan-akan merias dirinya keterlaluan maka tersebarlah kata-kata kurang enak berkenaan imej Saiful.

Namun melihatkan gambar-gambar Saiful beberapa bulan lepas, ternyata walaupun berambut pendek, Saiful tidak dapat lari dari memiliki wajah feminin. Lihat sahaja wajah comel Saiful. Potonglah rambut sependek mana pun kalau dah wajah lembutnya mirip perempuan tak boleh nak kata apa dah.. cuma kalau boleh tolonglah jangan bersolek macam perempuan..