Jumaat, 20 Mac 2009

TERHIRISKAH HATI FASHA SANDHA?

Nora di tengah keluaga Rizal


Kesian Nora

Tak terkata apa

Tetap ibu yang 'hot'

Gambar-gambar di atas merupakan koleksi Nora Danish bersama babynya Rayqal. Montel sungguh wajah Raiqal yang kini berusia 2 bulan lebih. Nora Danish meskipun nampak agak berisi tetap 'maintain' comel. Nampaknya hubungan Nora dan bekas keluarga mertua tetap baik meskipun Rizal Ashram dan Nora Danish sudah lama bercerai.
Namun begitu hubungan Rizal dan babynya Rayqal tidak putus. Rayqal masih beruntung kerana daddynya masih punya rasa tanggungjawab untuk memelihara dan memberikan kasih sayang terhadap Rayqal meskipun tidak sebumbung.
Betapa tabahnya Nora Danish. Berada berdekatan lelaki yang pernah dicinta tetapi hanya mampu memandang penuh kosong. Menatap anak di pangkuan tidak seperti insan lain yang sepatutnya meraikan kehadiran cahaya mata pertama dalam erti kata sebenar bersama sang suami.
Namun dalam duka dan tabah Nora Danish, ramai yang tertanya-tanya..terhiriskah hati Fasha Sandha melihat gambar-gambar ini? Ini kerana sudah terang lagikan bersuluh perceraian pasangan ini adalah kerana aktres jelita yang dikatakan masih mempunyai hubungan dengan Rizal. Kenyataannya Nora Danish masih berada di dalam Justify Fullhati ahli keluarga Rizal Ahsram. Berbaloikah Nora Danish jika kembali ke pangkuan lelaki ini?
Ubatilah luka di hati sendiri dulu Nora sebelum memikirkan perasaan orang lain...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan