Rabu, 15 April 2009

NABIL GANGGU IRMA DI LOKASI?

Sudah rezeki Nabil

Irma Hasmi

Bertuah sungguh menjadi Nabil apabila rezeki datang mencurah-curah kebelakangan ini. Dinobatkan sebagai ikon dunia hiburan yang diminati ramai dengan gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian melonjakkan nama Nabil ke satu tahap lagi.

Bertuah juga menjadi Irma Hasmi. Dalam sekelip mata ramai orang yang pada awalnya tidak berapa mengenali Irma kini sudah sedar Irma adalah teman wanita Nabil. Mungkin ada selepas ini gosip mendakwa Irma menumpang populariti Raja Lawak Musim Kedua itu.

Lupakan insiden 'terpeluk' kerana terlalu gembira, menurut sumber di lokasi Nabil rupanya seorang yang amat menjaga dan mengambil berat perihal Irma Hasmi. Khabarnya walau sesibuk mana sekalipun Nabil, dia akan berusaha 'memantau' pergerakan kekasih hatinya itu.

Tidak hairanlah di mana ada Irma di situ ada Nabil. Ada suara-suara nakal mengatakan bahawa Nabil ni jenis yang kuat cemburu. Jadi nak tak nak, suka atau tidak Irma kenalah menerima hakikat Nabil sebegitu. Maklumlah bercinta dengan orang cantik ni banyak risikonya, ye tak? Dah tentu Nabil tidak senang duduk mengenangkan si buah hati. Tapi jangan sampai rasa cemburu Nabil tu menjadi barah memakan diri sudahlah..kerana khabarnya ada pihak produksi yang meluat dengan sikap Nabil yang seakan 'mengganggu' perjalanan kerja Irma di lokasi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan