Khamis, 9 April 2009

JULIANA EVANS TAK SEMPAT UCAP SELAMAT TINGGAL!


Juliana Evans



Sibuk study di dalam bidang Komunikasi Massa

Rasa terkilan masih ada

Juliana Evans amat terkilan apabila tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada peminat-peminat rancangan Remaja yang dihoskannya dan Alif selama 3 musim. Tidak hairanlah pelakon cantik tersebut dihujani pertanyaan oleh peminat-peminatnya samada melalui
email, facebook dan ketika terserempak dengannya.

"Memang saya dan Alif tidak dimaklumkan secara rasmi bahawa kami berdua tidak menjadi Pengacara Remaja lagi. Kalau ada pun pihak yang menghubungi saya, 'orang' itu hanya memaklumlan bahawa saya tidak lagi ada untuk musim seterusnya" .

"Memang terkilan sangatlah sebab tak sempat nak ucap apa-apa kepada peminat-peminat rancangan Remaja yang selama ini menyokong saya. Tapi mungkin rezeki saya di tempat lain" akui Juliana.

Juliana kini khabarnya sedang rapat dengan Sam vokalis kumpulan muzik Bunkface.. Sebelum ini Juliana adalah kekasih kepada Adam AF2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan