Sabtu, 21 Februari 2009

DATUK SITI HEBAT DI PENTAS, HEBAT DI RUMAH

Gambar: Danial Shah

Datuk Siti tetap setia di sisi Datuk K


Menyebut tentang Datuk Siti Nurhaliza atau Siti nama glamernya masa memula dia jadi artis dan sebelum menerima gelaran Datuk pelbagai andaian, ramalan dan macam-macam kata yang kita selalu dengar.

Diakui Datuk Siti adalah artis paling beruntung kerana memiliki ramai peminat setia yang sentiasa memuja dan meminati dirinya meskipun Datuk Siti sudah hidup berdua. Sebagai selebriti tersohor negara, Datuk Siti bukan saha diminati pelbagai lapisan golongan rakyat, malah seringkali menjadi mangsa tohmahan dan kejian pihak yang tidak senang dengan dirinya.

Paling memeritkan bagi Datuk Siti apabila suaminya Datuk K dikatakan sudah bernikah dengan seorang pramugari MAS. Malah wanita tersebut dikatakan cantik, seksi dan merupakan bekas kekasih Datuk K sebelum Datuk K berkahwin dengan Datuk Siti.

Ada sumber yang pernah menyampaikan info kepada aku bahawa wanita bekas pramugari MAS itu kononnya berendam air mata dan tidak datang kerja selama sebulan ketika di awal pernikahan Datuk K dan Datuk Siti. Wallahualam.

Namun apa aku nak ceritakan di sini bukan kisah hidup bermadu atau pelbagai cerita jahat terhadap Datuk Siti. Kisah seorang 'rakan' di kalangan artis yang agak rapat dengan Datuk Siti. Sempat dia bercerita kepada aku tentang Datuk Siti ketika aku lepak-lepak dengan dia baru-baru ni di Ampang.
"Orang di luar sana boleh mengeji Siti macam-macam. Konon Siti hidup bermadu dan cakap yang bukan-bukan. Bernanah jugak lah telinga aku yang rapat dengan Siti. Aku memang 'salute' Siti dari dulu lagi. Mana ada artis yang sehebat Siti. Sampai hari ni aku tengok Siti tak ada galang gantinya. Begitu jugakla kalau Siti di rumah. Aku tak pernah tengok lagi isteri sebaik Siti. Sepanjang masa Siti akan pegang tangan suaminya. Kalau Siti nak naik ke atas rumah, dia akan minta izin dari suami (Datuk K). Mereka memang loving couple. Sebab tu sukar untuk percaya Siti dimadukan" cerita kawan kepada Datuk Siti di kalangan artis juga yang menjadi saksi kemesraan pasangan suami isteri popular itu.

Wah! Hebatkan Datuk Siti..bukan sahaja hebat di atas pentas ketika membuat persembahan, tapi turut hebat di rumah sebagai isteri. Kat luar ni entah berapa ramailah yer, isteri yang akan pegang je tangan dan lengan suami masa di rumah..bukan apa, kekadang ada gak lelaki yang rimas diperlakukan begitu. Tapi nampaknya Datuk K memang senang dengan layanan Siti itu. Harap mereka kekal berbahagia sehingga ke hujung nyawa :).

1 ulasan:

  1. so sweet!!!!! even i x minat siti pown suke dgr citer ni... alhamdulillah bahagie... smoge hepi smpai ke anak cucu... aamiiin~

    BalasPadam