Korang pernah dengar citer tentang sebuah band popular berlaku 'kurang sopan' dengan seorang DJ Radio? Alkisahnya, band popular ni diudang untuk menjayakan satu segmen di stesyen radio yang agak popular itu. Segmen itu dikendalikan oleh seorang DJ lelaki.
Entah macam mana perkara ni berlaku spontan dan amat mengejutkan. Sedang sesi temuramah dijalankan, khabarnya DJ Radio tersebut, Tuah Zulkarnain dikatakan tak buat 'homework' Nama anggota band tersebut pun dia tak kenal. Ini kurang sopan jugak nih..
Mungkin merasa tercabar atau merasa bagus, band tersebut yang lebih dikenali dengan nama SPIDER meninggalkan konti begitu sahaja tanda protes terhadap ketidakpekaan Tuah Iskandar terhadap mereka. Tuah dikatakan menunjuk-nunjukkan tangannnya kepada salah seorang anggota Spider kerana bertanyakan nama ahli kumpulan tersebut.
Siapa sebenarnya yang kurang ajar dalam cerita ini? Tuah Zulkarnain yang tak tahu nama anggota Spider dan bertanyakan nama anggota tersebut dengan menunjukkan tangannya atau Spider yang meninggalkan konti begitu sahaja ketika segmen berlangsung secara live?
Dalam keadaan terkejut Tuah yang tidak berapa nak bertuah hari itu, terpaksa mengawal konti dengan memberi alasan yang aku pun kurang pasti kenapa Spider tidak dapat meneruskan sesi temubual tersebut..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan