Sabtu, 7 Mac 2009

DAFI DALAM 'SAYANG YOU CAN DANCE'

Filem Tarian Pertama di Malaysia

Dafi punya ramai peminat remaja



Dafi di set pengambaran

Ebby, Amani dan Dafi dalam satu babak

Sebalik tabir...


Mesranya pasangan ini


Dafi mengatur langkah demi memantapkan kerjaya


Satu babak sedih


Dafi bakal muncul menerusi filem Sayang You Can Dance tak berapa lagi. Su comel ini dikhabarkan kini telah mula serius mengatur perjalanan hidupnya apatah lagi kini Dafi tidak mensia-siakan bakatnya untuk menjadi pelakon filem.


Sudah tentu peminat-peminat Dafi bakal teruja melihat Dafi di layar perak bergandingan dengan pelakon berkarakter Sharifah Amani.


Tarikh Tayangan: 12 March 2009

Masa : 1jam 43 minit

Pelakon: Samuel Rizal ,Sharifah Amani, Ebi Kornelis, Dafi, Carmen Soo, Alam (So You Think You Can Dance),Smyth Wong, Dominique Chiu .

Sinopsis: Filem ini mengisahkan perjalanan sekumpulan remaja yang penuh inspirasi dan tekad untuk berjaya mengejar impian sebagai penari profesional. Dalam meneruskan perjuangan mereka, ada yang terperangkap antara persahabatan dan cinta.









SALAMIAH HASAN MAKIN MENJADI!

Gambar: Media Malaya & Oh Bulan








Auntie Salamiah Hasan ibu kepada penyanyi Atalia sememangnya dikenali sebagai penyanyi bersuara memukau. Bakatnya turun kepada anak perempuan tunggalnya Atalia. Namun melihatkan sahaja penampilan wanita berusia 50an ini, seakan-akan menyaksikan Atilia bergambar dengan kakaknya sendiri.
Masih bergetah meskipun usianya sudah dikira senja. Tak tahulah mengapa kebelakangan ini, mungkin secara kebetulan artis-artis wanita yang sudah boleh dipanggil auntie amat gemar berpakaian sebegini. Apapun persepsi aku, persepsi anda di luar sana pastinya berbeza. Tepuk dada, tanyalah iman :)

Selasa, 3 Mac 2009

SIAPA LEBIH SEKSI?

Aida Aris dengan baju menampakkan lurah di dada dan Nurul pula mengenakan pakaian yang agak terbuka di bahagian belakang

Jika ditanya pada tuan empunya diri mesti jawapan biasa akan diberikan antaranya:
1- Seksi ke saya? Saya rasa biasa je
2-Ni baju sponsor nak tak nak kena pakai. I tak nak timbulkan sebarang masalah
3-Seksi tu subjektif. Kalau pakai baju kurung kalau dah seksi, seksi jugak
Itu antara jawapan standard yang dah digariskan mengikut piawaian dunia artis. Artis pun manusia biasakan? Masih boleh meletakkan harga diri teratas dari melakukan perkara yang menjolok mata. Masih ada segelintir artis yang begitu berdisiplin dan tegas dalam hal melibatkan pakaian.
Masih ada designer yang akan mereka pakaian yang lebih sopan kalau diperingatkan sedari awal sebelum seseorang artis memakainya. Kita ada siapa kita. Mengapa perlu mengikut telunjuk orang sedangkan kita lebih berhak ke atas harga dan maruah diri? Meskipun apa status seseorang artis, anak dara atau janda sekalipun, jagalah harga diri di peringkat tertinggi dalam hidup.

GAMBAR ANAK KIERAN HOTFM & YANG

Mirip Kieran

Cahaya mata pertama Yang & Kieran
Comelnya Adam ni


Tahniah untuk Kieran yang dah pun bergelar bapa kepada seorang bayi lelaki yang dinamakan Adam. Ini cahaya mata pertama pasangan Kieran dan Yang setelah mereka melangsungkan perkahwinan awal tahun lalu.

Moga kurniaan rezeki ini akan menyerikan rumahtangga pasangan ini. Amin.